Monday, February 23, 2009

Rangkaian peniaga malaysia-indonesia

22/02/2009
Rangkaian peniaga malaysia-indonesia


Mohamad Alayuddin Hassan memotong riben semasa merasmikan JBLC di Jakarta, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KITA hairan bagaimana peniaga Kemboja dan Acheh dalam sekelip mata sahaja berjaya mengembangkan perniagaan mereka walaupun bermula secara kecil-kecilan.
Kini di bandar-bandar di seluruh negara rangkaian kedai barangan runcit dikuasai peniaga dari Acheh, manakala peniaga Kemboja menguasai perniagaan pakaian.

Rahsianya mudah sahaja kerana mereka mempunyai rangkaian perniagaan terutama dari negara asal mereka yang membolehkan mendapat barangan dengan harga yang rendah untuk mendapat untung yang stabil di Malaysia.

Bagi peniaga Melayu yang mahu memulakan perniagaan atau telah menjalankan perniagaan kecil-kecilan pasti tercari-cari kaedah dan peluang untuk memperluaskan perniagaan atau membina rangkaian sedemikian.

Di atas kesedaran bagi membantu para peniaga kecil-kecilan ini seorang ahli perniagaan Malaysia yang telah bertapak di Indonesia, Jamal Amin mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Perniagaan dan Rekreasi Jakarta (JBLC).

Baru-baru ini JBLC dirasmikan oleh Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Mohamad Alayuddin Hassan yang turut dihadiri oleh Walikota Tasikmalaya, H. Syarif Hidayat yang merupakan kawasan paling ramai pengusaha industri kecil Indonesia.

Jamal Amin berkata, JBLC berperanan menjadi jambatan penghubung di antara pengusaha dan peniaga dari Malaysia serta Indonesia.

Konsepnya mudah, kata Jamal, selain berkongsi laba dengan peniaga lain penyertaan beramai-ramai di dalam kelab itu dapat meminimumkan risiko mengembangkan perniagaan ke Indonesia.

Pengalaman beliau berurusan dengan para peniaga di Indonesia sejak 2003 lagi memberi kelebihan kepadanya untuk memahami selok belok berniaga di negara jiran itu.

Jamal memang tidak kedekut untuk berkongsi pengalamannya itu dengan mana-mana peniaga dari Malaysia yang mahu membawa masuk barangan dari Indonesia dan pada masa sama JBLC juga berusaha memasarkan produk-produk dari Malaysia ke Indonesia.

Bagi Jamal yang berpengalaman di dalam bidang pembinaan di Jakarta berkata, halangan utama selama ini untuk hubungan langsung pengusaha dari Indonesia dengan peniaga dari Malaysia adalah krisis kepercayaan.

Kedua-dua pihak saling mempunyai pandangan serong terhadap pihak lain lantaran tidak mengenali antara satu sama lain dan khuatir akan ditipu sehingga menyebabkan perniagaan yang baru bertapak terus gulung tikar.

Sokongan yang diberikan oleh walikota dan dewan perniagaan dari Malaysia menunjukkan usaha berkenaan cukup berpotensi dan dapat membantu para pengusaha serta peniaga dari kedua-dua buah negara.

Bagi Walikota Tasikmalaysia usaha yang diambil oleh JBLC itu telah menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggu para pengusaha di Tasikmalaysia.

Menurut beliau, sebelum ini para pengusaha berkenaan menghadapi masalah untuk memasarkan produk mereka walaupun dapat menghasilkan produk yang menarik dan berkualiti.

"Kami tidak mempunyai rangkaian perniagaan yang luas dan ini menghadkan peluang untuk meluaskan perniagaan.

"Semua pengusaha hanya menjual produk di pasar Tanah Abang sahaja dan keuntungan yang diperolehi adalah kecil," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

JBLC bukan sahaja membawa para peniaga Malaysia menemui para pengusaha di Indonesia tetapi turut membantu mereka pelbagai aspek termasuk pengangkutan.

Dengan kuantiti yang besar barangan yang dibawa masuk ke Malaysia ia dapat menjimat kos pengangkutan dan sekali gus dapat dijual dengan harga lebih murah.

Selain membawa masuk ke Malaysia produk yang direka bentuk dengan cantik itu akan dieksport ke negara lain melalui Malaysia seperti ke Eropah dan negara Asia Barat.

Kelebihan Indonesia mereka mempunyai tenaga mahir yang banyak serta murah dan ia dapat dimanfaatkan oleh para peniaga Malaysia. Selain membeli barangan yang telah siap, pengusaha Malaysia juga boleh membuat rekabentuk yang mengikut pasaran dunia dan dibuat di Indonesia.

Bagi memastikan produk dibawa ke Malaysia dapat bersaing dengan produk dari China, harga barangan yang dijual akan dipastikan sama atau lebih rendah daripada produk dari negara China, manakala kualitinya adalah lebih tinggi.

Usaha oleh JBLC itu adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh pihak swasta yang mulai menyedari potensi perniagaan di Indonesia.

Di peringkat kerajaan kini memang menggalakkan hubungan yang lebih erat dijalinkan di antara pengusaha kedua-dua negara, apatah lagi dalam menghadapi situasi krisis ekonomi global.

BizSpark Launch

We would like to thank you and Microsoft for all the help and support in making the launch a success. Appreciate it very much for having made things easy for us.

The pic looks great! Here are the names from Left to Right :

1) En. Zaini bin Mohamed Noah – Insyirah Technology Sdn. Bhd.
2) Dr. Marzuki Ibrahim – Mmastech Engineering Sdn. Bhd.
3) En. Mohd. Shaari bin Haji Ali – Am Sistem Teknologi Sdn. Bhd.
4) Puan Siti Hajar Ismail – OSC.MY Sdn. Bhd.
5) Puan Yasmin Mahmood
6) YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah
7) Dato’ Haji Mohamad Alayuddin bin Che Hasan – Chairman, Putrajaya Malay Chamber of Commerce
8) En. Sallehuddin bin Abdul Aziz – Wawasan Media Sdn. Bhd.
9) En. Hamidi Mohd. Noor – Kumpulan Prokitt Sdn. Bhd.